Wednesday, December 30, 2009

Entah kenapa aku rajin melukis cuti semester kali ni...tak habis-habis nak kemaskini blog saja...haha..ah lantaklah, aku nak lukis dan aku dan nak kemaskini...blog ni dah jadi macam portfolio yang tak berbayar...hehe jadi aku gunakan medium blogspot sebagai tempat simpanan karya aku :) aku akan cuba variasikan karya aku dari semasa ke semasa InsyaAllah...

Amboi terlebih layan perasaan pula pagi ni...huhu nak habis cuti la katakan. Aku nak dapat perasaan melukis yang sebegini kalau boleh setiap hari...melayangkan tangan di atas tablet...dengan tenang dan aman...melukis bersama jiwa seni disamping mendengar bunyi alam ciptaanNYA...membuat diriku bersyukur...bersyukur dengan apa yang aku miliki selama ini...

Tuesday, December 29, 2009

Assalamualaikum kawan-kawan semua...siap sudah ilustrasi untuk hari ini. Aku masih lagi perlukan latihan untuk teknik pewarnaan 2D yang sebegini. Bagi aku ia lebih mudah serta dapat mewarna dengan lebih ceria ibarat mengunyah 10 biji Ferrero Rocher dalam satu masa, hahahaha...hmm...cuti sudah mahu berakhir, dan aku harap latihan aku dalam masa cuti ini dapat menggilap kemahiran mewarna dan melakar aku... Terima kasih kepada pembaca blog ini yang sudi melawat dari mula-mula blog ini dihasilkan sampailah ke akhir tahun. Harap anda semua juga cemerlang. :)

Monday, December 28, 2009

::lepas sarapan...aku rasa nak lukis Ben10 hehehe::
Ini adalah kartun pertama aku yang diwarnakan mengikut kaedah pewarnaan anime.
saja nak cuba-cuba :)
*alamak...aku lupa nak lukis jam omnitrix dia*
Thursday, December 24, 2009

Assalamualaikum kawan-kawan semua..sudah lama aku tidak menulis sebegini. Masih malas untuk menulis tetapi aku harus menulis untuk memperbaiki penulisan aku..huhu. Baiklah entri kali ini aku nak kongsi tentang satu benda yang sering kali digunakan oleh para ilustrator digital. Apakah benda yang berwarna perak di atas? saya rasa ramai yang tahu.. benda ini bukan penimbang berat badan tetapi dipanggil grafic tablet ataupun dalam bahasa melayu disebut pad grafik. Pad grafik ataupun tablet ini membolehkan anda melukis dan juga menulis sama seperti anda menulis di atas kertas. Kegunaannya juga pelbagai contohnya ia boleh digunakan dalam seni digital seperti membuat catan grafik, menyunting gambar, menulis dan juga tandatangan digital.

Gambar di atas merupakan tablet yang aku guna sekarang ini. Modelnya Wacom Bamboo Tablet Silver CTE650S. Berikut adalah spesifikasi tablet aku.
Bamboo Fun Silver small tablet with pen, mouse, and software. TABLET SIZE - 11.0"w x 2.85"h x 12.0"d ACTIVE AREA - 8.5"w x 5.3"d PRESSURE SENSITIVITY- 512 levels RESOLUTION - 2,540 lines per inch EXPRESS KEYS - 4 FINGER SENSITIVE INPUT- Touch Ring REQUIREMENTS - PC or Mac computer running Windows 2000, XP, or Vista (32 or 64-bit) or a Macintosh running Mac OS X 10.3.9+, Intel or PowerPC Processor. Also requires color display, powered USB port and CD/DVD drive.

Tuesday, December 22, 2009

::hehe..bangun awal pagi lepas sarapan aku pun buat ilustrasi ini::

Monday, December 21, 2009

::serabainya rambut si Goku ini::


::kepala besar itu comel bagi aku::


::buntu mencari idea akhirnya dapat juga logo yang macam ini::

Sunday, December 20, 2009

::seronok menggunakan teknik mewarna yang baru::

Saturday, December 19, 2009

::Amin dan kucingnya Mutang::

::semua lakaran di atas nampak gembira kecuali sebuah robot di bawah::pedulikan dia sebab aku sungguh gembira
:)
Friday, December 18, 2009
Thursday, December 17, 2009

::membancuh warna mural::


::karya ini dihasilkan oleh aku yang kebosanan::

Wednesday, December 16, 2009

::sengaja tidak mahu senyum::

Tuesday, December 15, 2009
Monday, December 14, 2009
Sunday, December 13, 2009

::nak buat teknik lomografi tapi tak tau la betul ke tak::

Saturday, December 12, 2009

aku lukis atas mounting board
