Monday, August 31, 2009

Salam Merdeka kali ke-52

Monday, August 31, 2009
Tanggal 31 Ogos...sudah 52 tahun Malaysia merdeka..syukur alhamdulillah..tidak lupa juga akan pengorbanan orang-orang terdahulu yang berjuang memerdekakan negara dari anasir penjajah..sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah kepada para-para pejuang yang telah gugur di medan perjuangan membebaskan negara dari penjajah..ingatlah jasa-jasa mereka..hargai negara Malaysia tidak kira dimana anda berada...Malaysia telah merdeka..dalam harapan tidak lagi wujud pemikiran kelas ketiga di kalangan rakyat malaysia..marilah untuk terus maju..tegur menegur dan membetulkan kesilapan antara satu sama lain..yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing..yang padu itu jitu..jitu perpaduan..

post signature

Saturday, August 29, 2009

Avatar aku hehehe...selamat berpuasa

Saturday, August 29, 2009
Assalamualaikum kawan-kawan semua..huhu..alhamdulillah aku telah selamat sampai ke Kuala Lipis pada hari ini untuk menyambung semula kerja-kerja yang tak siap lagi..haha..hari ini bertuah bagi aku..sebab aku dapat berjumpa pakcik ghani di CM..hari ini aku banyak belajar tentang watercolour dari beliau..terima kasih banyak-banyak pakcik ghani..selepas tamat urusan dengan pakcik Ghani, pun lekas-lekas kejar LRT..LAWAK BETUL HARI INI..aku lupa jam aku lambat 5 minit..haha dah la lambat terjumpa pula sahabat lama kat puduraya..haha..MACHA!! aku jumpa kawan aku masa aku dengan dia ni buat kursus persediaan dulu..namanya KALI...HEHE...berlaku sedikit adegan macha dan tambi sambil berlari menuju antara satu sama lain dalam gerak perlahan...haha..sebab jumpa Kali, aku nyaris terlepas bas ke Lipis hari ni..sampai saja ke Lipis dah pukul 7.10..aku nampak ada kedai kat depan stesen lalu aku terus saja berbuka disitu seorang diri..haha...siapa suruh balik awal..haha..biarlah janji aku dah selamat sampai..malam ni aku berlatih lagi menggunakan perisian adobe illustrator..waahhh nampaknya macam membuahkan hasil yang bagus..aku makin suka nak guna illustrator lepas ni, dah habis reka watak terus masuk warna digital..hehe...seronoknya sebab dapat buat avatar sendiri hehehe :) selamat berpuasa...

post signature

Friday, August 28, 2009

Dudu si badut kecil

Friday, August 28, 2009
Assalamualaikum kawan-kawan semua..hehe...aku sangat gembira hari ni..hehe..makin lama aku dah makin suka mengunakan perisian adobe illustrator dan adobe photoshop..hari ni aku sudah menyiapkan satu lagi karya grafik..kali ni aku rujuk karya kak Emila Yusof..hehe..banyak betul input yang aku telah dapat bila tengok karya kak Emila..hehe..sungguh teruja..ok mari kita perkenalkan watak baru ni..DUDU..si badut kecil hehe..tema pakaian si Dudu ni aku pilih warna hijau..hehehe..nampak semula jadi :) hehe..aku suka Dudu!! lepas ni dada didi dudu :)

post signature

Yuyu makhluk tidak bertangan

Assalamualaikum kawan-kawan semua..anda semua sihat?? hoho..harap semuanya berada dalam keadaan sihat ya..kalau demam lekas-lekas jumpa doktornya..hehe..baiklah kembali kepada tujuan utama pos entri kali ni..seperti biasalah dan seperti dulu aku membuat karya grafik lagi..makhluk kartun tidak bertangan yang aku telah buat pada hari ini bernama yuyu...hoho..sebab apa watak kartun yang sebelum ni namanya bermula dengan huruf Y? hoho..sebab aku suka yuna la..hahahahhaa..oklah kawan-kawan semua..selamat berpuasa dan berbuka puasa ya..nanti aku tukar la nama watak-watak kartun aku yang bermula dengan huruf lain pula..hahaha..

post signature

Wednesday, August 26, 2009

YONO!! watak kartun terbaru aku

Wednesday, August 26, 2009
Assalamualaikum kawan-kawan semua dan selamat berpuasa..huhu...lewat malam tadi aku bergaduh dengan si adobe illustrator ni..huhu..sangat susah nak gaduh dengan adobe illustrator sebab aku tiada buku manual ataupun tutorial nak belajar benda macam ni..huhu..sebenarnya aku macam kera mendapat teleskop apabila menggunakan benda alah ni..serba serbi salah saja masa nak mula..huhu..apa pun..cuba dan hentam jadi la macam ni..huhu..ni hari pertama aku cuba adobe illustrator dalam membuat grafik kartun sebergini rupa..aku buat yang mudah-mudah saja sebab tak mahir sangat pun..haha..tengok sendiri kalau tak percaya..jari si yono ni pun aku malas nak buat.hehe..biar la yono makan tanpa jari pun..hehehe..Selamat datang yono!! :)

post signature

Sunday, August 23, 2009

Banner baru untuk bulan ramadhan

Sunday, August 23, 2009
Assalamualaikum kawan-kawan semua..huhu..hari ni aku telah dapat semangat nak kemaskini blog aku..hoho sehari dah dua kali aku kemaskini blog ni..haha..erm kalau anda semua perasan..banner kat atas ni aku dah tukar baru sempena bulan ramadhan yang mulia ini..bosan pula asyik tengok banner yang lama.. mari kita tukar wajah baru..ceria ceria ceria!

post signature

Wednesday, August 19, 2009

aku mengemaskini juga blog ini akhirnya

Wednesday, August 19, 2009
Assalamualaikum kawan-kawan semua...huhu...akhirnya..dapat juga aku kemaskini blog ni..setelah beberapa hari mendiamkan diri dengan kerja-kerja PBS di sekolah..haa..lukisan ni pon aku buat di sekolah tengah hari tadi..bosan punya fasal..aku pon melukis menggunakan pen melukis atau drawing pen o.3...hentam saja la paan..bosan-bosan melukis pun jadi la..haha..banyak lagi kerja kau yang tak siap lagi..harap-harap ingat la kau nak buat semua tu..haha

post signature

Thursday, August 13, 2009

lukisan comel sewaktu ketika dahulu

Thursday, August 13, 2009
Huu..aku penat...dengan program mencari harta karun petang tadi...aku yang urus aktiviti tu dan aku pula yang melampau-melampau lebih daripada peserta..mana tak penatnya..haha...malam ni..sambil duduk menghadap laptop dan tercari-cari lukisan terdahulu..aku jumpa la lukisan ni..zaman muda-muda ni..haha..bajet la paan..zaman cinta bertepuk sebelah telinga..haha..

si pemberi komen pertama
wan rohayaty
\('o')/

post signature

Wednesday, August 12, 2009

karya dalam proses...periuk beruk

Wednesday, August 12, 2009

karya ni masih dalam proses..hari ini aku mengecat putih semula catan lama..dan aku buat catan yang baru...catan yang lama tu dah tinggal kenangan dan aku tak nak ingat kenangan itu lagi..jadi biarlah ia pergi...layan lagu yuna la malam ni..lalalaalala...

si pemberi komen pertama
fazz
\('o')/

post signature

Tuesday, August 11, 2009

aku suka alam semulajadi..kembali mengenal keindahan

Tuesday, August 11, 2009

Assalamualaikum kawan-kawan...kini aliran aku sudah berubah..aku sudah masuk ke aliran alam semulajadi..dari segi painting..aku akan fokus kepada cat air iaitu watercolour..aku merasakan seperti aman sekali dengan membuat lukisan-lukisan yang mengenal keindahan ciptaan Allah..jadi..keputusan aku kali ini benar-benar tetap iaitu menjadi nature artist..harap kawan-kawan semua sokong aku..terima kasih..

si pemberi komen pertama
sarawo
\('o')/

post signature

Saturday, August 8, 2009

Mural kami..kenangan aku..

Saturday, August 8, 2009
Mural oh mural...sinonim bagi kami budak seni dengan mural..aku tak tau nak letak karya apa untuk entry kali ini...jadi aku siarkan sedikit tentang mural kami budak seni..mural ni dibuat pada tahun lepas bulan ogos..designnya aku cuma olah dari beberapa contoh mural tempatan..tema yang ingin disampaikan ialah selamatkan alam sekitar kita..dua kali mural ni diubah atas kehendak pensyarah aku..jadi aku ubah saja la..kali ni mural aku tak ada gambar beruang ahaha..sebab macam tak masuk kat imej mural ni..


Reza dan Biha masih tercari-cari ruang yang belum diwarnakan


si Tasha..budak sains..hehe..pandai gak dia buat outline

roomate aku atau si outliner ahahaha

si pemberi komen pertama
cikdoktorfalsafah
\('o')/

post signature

Friday, August 7, 2009

1 Malaysia - untuk pertandingan ilustrasi kulit buku

Friday, August 7, 2009
Alhamdulillah..siap juga kulit buku ni..aku buat sempena pertandingan ilustrasi kulit buku yang bertemakan 1Malaysia..anjuran Jabatan Bahasa Melayu..huhu..aku pun tak tahu dari mana dapat idea bergini..yang aku ingat aku nak cari gambar tangan..lepas tu setelah diolah-olah dan ditambah efek tangan di cat bendera Malaysia, jadi la macam ini..haha...idea yang tak berapa tetap..komen ya kawan-kawan semua..nak mintak pendapat bernas anda juga.. :)

si pemberi komen pertama
aqinara
\('o')/

post signature

Thursday, August 6, 2009

Karya air terjun akhirnya siap..

Thursday, August 6, 2009
Alhamdulillah akhirnya siap juga karya ni..setelah membuat beberapa rujukan karya water colour encik Ghani..stroke aku masih perlu diperbaiki lagi..kelihatan seperti aku menggunakan banyak sangat bayang..erm..ni kira refleksi diri sendiri la ni..huhu..betul kah? hu..kena tanya banyak pendapat lagi ni..

si pemberi komen pertama
Unie
\('o')/

post signature

Tuesday, August 4, 2009

dalam proses - alam semulajadi 2

Tuesday, August 4, 2009
painting ni masih dalam proses..disebabkan kebuntuan dalam mengemaskini blog aku..aku pon masukkan gambar ni.hehe...air terjun menjadi tema aku pada kali ini..mungkin lain kali aku nak buat permandangan laut la pula..hu

si pemberi komen pertama
sarawo
\('o')/

post signature

Monday, August 3, 2009

bosan dan buat mural dalam bilik

Monday, August 3, 2009
Aku bosan..aku capai berus..aku conteng..jangan tiru aktiviti ini..mungkin anda kena marah dengan warden anda kerana menconteng dinding bilik asrama..hahhaa..conteng mari conteng!

si pemberi komen pertama
sarawo
\('o')/

post signature

Saturday, August 1, 2009

Membuat mural pada hujung minggu yang indah

Saturday, August 1, 2009
Pagi sabtu..pagi yang indah..aku bangun seperti biasa..tapi hari ni aku bangun pagi dan pergi ke sekolah kebangsaan Telang..untuk menolong pensyarah yang baru berpindah ke maktab aku..encik Zakari meminta kami untuk menghias kelas isterinya kak Ina dengan membuat mural..tugasku adalah mereka design dan menolong rakan-rakan yang lain..mural ini dibuat seramai 5 orang iaitu bino,wan,zul,reza dan aku..kelas yang kami hias ni sangat istimewa...sebab...dalam kelas ni iaitu kelas tahun satu dibawah jagaan kak ina..kesemua pelajar dalam kelas itu adalah seramai 5 orang..SK Telang merupakan sekolah di kawasan pendalaman..aku berasa terkejut sebab agak jauh untuk masuk ke sekolah tersebut dari jalan besar.kesemua pelajar yang belajar disitu pula adalah seramai 56 orang..jumlah pelajarnya sangat sedikit namun semangat cikgu-cikgu disini untuk menghias kelas sangat-sangat dibanggakan..mereka sanggup menghabiskan duit untuk mencantikkan kelas semata-mata untuk keselesaan pelajarnya..erm..memang seronok kalau dapat cikgu macam itu kan..nak belajar pun mesti selesa jika kelas dihiasi dengan pelbagai sudut-sudut dan gambar yang menarik..terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada encik Zakari dan isterinya kerana banyak menolong kami serta rakan-rakan yang menyiapkan mural ini :)



design aku yang asyik-asyik gambar beruang..

si pemberi komen pertama
fly
\('o')/

post signature

 
Sebuah blog seni P A A N A R T C R E A T I V E 2009-2014
MENGHAYATI DAN MENIKMATI HASIL KARYA INI ADALAH HAK ANDA [KESEMUA KARYA-KARYA INI ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBIL ATAU MENYELEWENG MANA-MANA KARYA TANPA KEBENARAN PEMILIK BLOG INI :) : TERIMA KASIH