Tuesday, September 29, 2009

Assalamualaikum kawan-kawan semua...disini aku ingin mengucapkan berjuta-juta tong kemaafan sebab aku jarang nak kemaskini blog aku ni memandangkan ujian amali aku akan dijalankan pada minggu depan yang penuh celaru..aku sekarang sedang mengejar masa untuk menyiapkan segala saki baki kerja yang belum siap..kini barulah hidupku hancur celaru dengan kepala otak yang makin senget ke selatan..hahaha..marilah kita mengendong segala beban kerakusan kawan-kawan semua..janganlah engkau mudah kecundang di garisan pertama...chayook!

Saturday, September 26, 2009

Assalamualaikum kawan-kawan semua...selamat hari raya lagi aku ingin ucapkan..hehe..agak lama aku tidak mengemaskini blog aku ni..kini baru aku terasa rindu nak kemaskini petang ni..aku telah membuat satu logo rasmi untuk blog aku..terasa macam nak buat sikit perubahan tentang visual blog aku yang sudah lama tidak ditukar dengan kerja grafik yang baru..huhu..esok aku sudah mahu pulang ke Pahang untuk meneruskan sesi pembelajaran semester 4...huhu..terasa malas kaki serta jari-jemari dan terasa berat juga perut untuk menyambung tugasan-tugasan yang perlu disiapkan..kepada budak-budak PSV sem 4..chayok la korang laalalala...

Tuesday, September 15, 2009

Assalamualaikum...Terima kasih diucapkan kepada encik Amir Hamidi kerana sudi memberi kad raya ini kepada si penulis blog ini..si penulis merasakan blog encik Amir sangat berguna dan banyak memberi motivasi kepada si penulis..siapa itu si penulis? mestilah tuan pemilik kepada blog ini..saban hari si penulis makin bersemangat untuk memperbaiki penulisan yang agak cacar merba ini..kepada rakan-rakan diluar sana sila kunjungi blog encik Amir di
AMIR HAMIDI DALAM TALIAN
Monday, September 14, 2009

Assalamualaikum kawan-kawan semua...huhu..sekarang ni aku dalam mood raya...rasa seronok hendak beraya di kampung halaman yang tercinta..berjumpa ayah bonda,adik-adik,rakan-rakan,kambing-kambing dan macam-macam lagi...selamat menyambut hari raya Aidil Fitri aku ucapkan..semoga syawal kali ini disambut dengan penuh keberkatan..huuu..semakin nak dekat hari raya..kerja aku masih banyak lagi yang tidak siap..alahai syahdunya ada banyak kerja sebelum pulang...waaa...rajinkan dirimu paan...

Tuesday, September 8, 2009
Monday, September 7, 2009

Assalamualaikum kawan-kawan semua..aku dah bosan malam ni..aku buatlah sedikit grafik..grafik yang agak bosan..bosan juga la..tapi buat juga bosan-bosan pun...Perkenalkan Rakuu..si rakun gembira..aku buat rakuu ni sebab aku rasa rakun ni haiwan comel..bagi aku la..tak tahu la kalau rakun ni haiwan jahat..ahahaha..apa pun aku sangat gembira buat watak rakuu ni :)

Saturday, September 5, 2009

Assalamualaikum kawan-kawan semua..hu..sudah lama aku tidak mengemaskini blog ini dengan karya cat air aku..agak lama tak buat..macam dah rasa lain..hu..asyik buat grafik sampai dah jarang buat karya cat air ni..nampaknya aku perlu tingkatkan kemahiran dalam kawalan stroke aku..masih perlu diperbaiki..karya ni aku buat mengikut apa yang pakcik Ghani cakap pada aku..kalau boleh guna warna sewarna atau warna seakan-akan bila nak buat pemandangan hening atau senja..mengikut apa yang beliau cakap lagi..warna yang tidak sewarna akan nampak pemandangan itu nampak janggal bila kita melukis pemandangan waktu senja atau sebagainya..tapi aku masih mentah menggunakan warna lagi..banyak yang aku kena belajar...huu..harap lepas ni..aku akan terus maju..
