Friday, October 30, 2009

Lakaran untuk diri sendiri

Friday, October 30, 2009


Assalamualaikum kawan-kawan semua...malam ni aku melukis macam biasa..tiada berita panas atau pun gosip untuk disampaikan..sekadar melakar dan mewarna...mengambil masa melukis bila aku dah rasa bosan...kurang bersembang dan mendengar lagu...berginilah aku...gambar-gambar yang aku dah muat turun ni adalah proses-proses mewarna dalam menggunakan photoshop..masih banyak lagi nak kene baiki...huu..

post signature

Stroke terbaru aku - Ryu Street Fighter!!

Assamualaikum kawan-kawan semua...huhu setelah penat membuat stroke study semalam akhirnya aku berjaya menyiapkan lukisan digital ni...semalam aku telah menkaji stroke kartunis Malaysia yang agak terkenal, Adijin..aku suka stroke beliau yang bersahaja...tidak perlu rumit dan hanya layang mengikut gerak tangan dengan bebas...sememangnya stroke beliau menjadi contoh rujukan terbaik buat aku :) kini stroke aku makin berubah! aku suka sketch!!antara salah satu lakaran Adijin

post signature

Thursday, October 29, 2009

kosong - cubaan pertama

Thursday, October 29, 2009
Assalamualaikum kawan-kawan....petang ini sejuk sebab hujan di tengah panas...aku melukis lagi...menggunakan adobe photoshop...painting ini merupakan cubaan pertamaku...dalam jiwa kosong aku melukis akhirnya hasilnya sebergini....hitam dan putih...putih meletakkan hitam keseorangan...kesepian walaupun putih masih menyelebungi hitam...dekat dengan hitam...

post signature

Wednesday, October 28, 2009

Aku Spiderman

Wednesday, October 28, 2009
Assalamualaikum kawan-kawan semua..hoho..malamku penuh dengan lakaran..malam ni aku lukis spiderman..makhluk dalam siri komik yang amat terkenal..kalau aku menjadi spiderman..akan aku panjat semua bangunan-bangunan...dan aku akan pulang ke kampung dengan melekat saja di belakang bas...atau keretapi..hahaha...tak payah nak bayar tiket...kalau nak pergi kelas tak payah nak naik motor atau jalan kaki...dari bilik aku, aku terus lompat sampai kelas..hahaha...seronok jadi spiderman...tapi tak seronok bila spiderman telah mencemarkan alam sekitar dengan sarang lelabahnya yang bersepah-sepah! hahahahhaa...

post signature

Monday, October 26, 2009

Syukur juara

Monday, October 26, 2009
Assalamualaikum kawan-kawan semua..huhu..penat betul hari ini dan semalam..hari ini kau datang sayang...hoho...semalam aku ada satu perlawanan hoki Piala Datuk Mazlan...dari pagi main sampai tengah hari...memang seronok, pancit, bocor dan penat...semua kawan-kawan aku main dengan bagus...alhamdulillah kami rempuh semuanya hingga berjaya pergi ke peringkat akhir...tahniah dan syukur...kami dapat tempat pertama...go go PAILANG!! BRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR!!!!! HOHO sempat lagi aku melukis malam ni..mimik seorang pemenang!

post signature

Thursday, October 22, 2009

warna digital baru - kepuasan

Thursday, October 22, 2009
Assalamualaikum kawan-kawan semua..alhamdulillah hari ini tamatlah sudah ujian amali aku..bersyukur sangat-sangat sebab semua titik peluh aku menyiapkan segala folio dan projek selama ini sudah pun dinilai...kini aku harus bersedia menghadapi peperiksaan pula...malam ni aku dah siapkan satu digital painting...menggunakan Corel Painter X...lama aku tak usik benda ni..hari ni baru dapat peluang nak usik...aku puas mewarna malam ni walaupun bagi aku karya ni masih boleh lagi diperbaiki..aku tiada basic menggunakan corel painter..aku hanya terokai semuanya dengan memandai dan pandai-pandai la...hahahaha..macam kera mendapat laptop...bukan aku kera...hahaha..kalau ada apa-apa yang kurang..sila komen ya... :)

post signature

Wednesday, October 21, 2009

Ujian amali aku

Wednesday, October 21, 2009
Assalamualaikum kawan-kawan semua dan salam sejahtera..hari ini aku sudah tamat satu hari proses ujian amali..esok yang terakhir.kali ni agak kelam kabut lintang pukang langgar lari...aku banyak sangat buat kerja-kerja yang menguji tulang belakang aku...jari aku pun sudah jadi lembut memintal-mintal dawai...sangat-sangat seronok..sangat puas...bila kerja aku buat tu terasa penat yang sangat pilu seperti kisah buruh kasar kesepian mencari rezeki...hahahaha....

post signature

Saturday, October 17, 2009

Cloud Strife versi Paan

Saturday, October 17, 2009
Assalamualaikum kawan-kawan..salam satu Malaysia dan selamat hari deepavali..apa nak jadi dengan aku..sering kali melukis kartun saja sejak kebelakangan ni...kali ni aku lukis watak kesayangan aku..Cloud Strife..watak dalam Final Fantasy 7...muka si Cloud ni macam serius dan macam ada sedikit menahan sembelit pun ada..hahaha...tahla aku main lukis saja...sila komen ya kawan-kawan :)

post signature

Friday, October 16, 2009

Lakaran terbaru! - Musashi

Friday, October 16, 2009
Assalamualaikum kawan-kawan semua..malam tadi aku baham char kuew tiaw 2 pinggan lagi..seperti biasa aku balik rumah dan aku melukis lagi..malam ni aku nak lukis musashi..aku rasa ramai yang kenal orang yang bernama Miyamoto Musashi..merupakan seorang pemedang yang sering kali menang didalam setiap perlawanan...kira macam kuat sangat la Musashi ni..ahaha..tapi Musashi yang aku lukis ni telah pun diubah konsep dan dikartunkan...hehe..nanti senang-senang aku warnakan si Musashi ni...rasa malas nak warna pulak hehe...

post signature

Thursday, October 15, 2009

Karya digital terbaru - encik Silver Surfer

Thursday, October 15, 2009
sebelum diwarnakan

selepas diwarnakan

Assaalamualaikum kawan-kawan semua...hari ini aku telah berjaya menyiapkan satu karya digital..model yang aku pilih kali ini ialah encik Silver Surfer...entahlah kenapa aku suka lukis mamat ni..mungkin senang kot sebab Silver Surfer berkepala botak..ahahaha...aku lukis watak ni guna perisian flash lepas dah abis lukis aku warnakan dengan menggunakan perisian Corel Painter X...dah lama aku tak guna benda ni semua..semalam baru rasa nak buat lukisan digital berwarna..harap lepas ni aku akan lebih tajamkan bakat aku didalam mewarna menggunakan Corel Painter X secara lebih mendalam lagi...ok lah kawan-kawan..nanti aku masukkan karya baru yang lain pula..hehe..

post signature

Wednesday, October 14, 2009

hari yang kusut susut hehe

Wednesday, October 14, 2009
Oleh kerana hari ini terlampau kusut susut...aku pun lukislah satu lukisan kusut yang menghantui jiwa..kusut bertambah susut...susut menyusut segala yang surut..aku pasrah akan segala yang didepan...aku mahu lihat apa yang dilindung...walau besar pandangan nan luas...aku galas semuanya demi kewarasan aku...lonjak dan naik...jatuh dan bangun...jadual alam sememangnya bergitu...ehehehe apa yang aku tulis? lalalala.....

post signature

Ketika bosan menyiapkan tugasan....


lalalalalala....kerja yang makin nak siap...hilanglah dikau dari pandangan aku selepas ini....aku mahu rilek selepas semua ini selesaiii! conteng jangan tak conteng ya! lakaran ni aku buat guna perisian micromedia flash MX 04...huhu..entahla..tiba-tiba aku suka stroke guna flash ni...sangat spontan..

post signature

Tuesday, October 13, 2009

Poster Gembira semuanya

Tuesday, October 13, 2009
Assalamualaikum kawan-kawan semua...hari ini aku nak rasa gembira..walaupun kerja banyak tak siap lagi..kepada kawan-kawan yang belum siap kerja lagi dan kepada junior-junior aku yang banyak kerja untuk pesta seni korang..diharap bersabar dan menjalani hidup dengan tenang walaupun beban masih banyak untuk dipukul... chaaaayooookk!!! :) gembira semuaanyaa!!

post signature

Sunday, October 11, 2009

Lukisan lama.. Akuma - street fighter

Sunday, October 11, 2009
Assalamualaikum kawan-kawan semua...huhu..penat sungguh hari ini..baru balik dari rumah terbuka encik Johan..terima kasih kerana menjemput kami...hari ini aku nak letak lukisan Akuma ni..atau dikenali sebagai Gouki watak dalam permainan konsul Street Fighter..aku rasa ramai yang mengenalinya yang memegang watak antagonis iaitu musuh kepada Ryu..huhu..HADOOOKEENNNN!!!

post signature

Wednesday, October 7, 2009

Ceria bak mentari pagi

Wednesday, October 7, 2009
Assalamualaikum kawan-kawan semua..hari ini agak santai..kurang kesedaran untuk membuat kerja..lalu aku mengambil masa yang agak santai untuk mengedit gambar yang agak lama..gambar ni aku tangkap masa aku menjalani ROS/PBS di SK Pengkalan Baharu..SK Pengkalan Baharu ni sekolah aku dulu..aku suka melepak kat kelas khas masa sekolah rendah jadi sampai sekarang aku masih suka melepak kat kelas ni..walaupun aku ni bukan major Pendidikan Khas..hatiku masih rindu akan mereka..Alang, Zakuan, Cici...aku rindu korang semua...nanti ada masa aku join korang main lambung bola kat padang dengan cikgu Zul...

post signature

Tuesday, October 6, 2009

Terasa ingin menjadi kartunis

Tuesday, October 6, 2009
Assalamualaikum kawan-kawan semua..malam ni aku ada terbaca beberapa blog yang agak menarik minat aku untuk melukis kartun malam ni..antaranya blog para-para kartunis Malaysia iaitu abang Rambai, abang Gayour dan Suraya g3..terdetik hati ini untuk melukis seperti mereka...aku kagum melihat kejayaan mereka yang sehingga kini masih lagi melukis komik dan tidak berputus asa..mari melukis kartun!!

post signature

Friday, October 2, 2009

Seni aku dan abah

Friday, October 2, 2009
Abah aku..namanya encik Rosdi bin Osman..beliau suka melukis pada waktu aku masih kecil..karya yang aku muat turun ini merupakan salah satu karya abah aku ketika aku masih 2tahun rasanya..sangat klasik..erm kami memang satu jiwa dan satu aliran..stroke aku dan stroke abah memang sama..teringat aku pada masa dulu..macam mana aku boleh minat melukis..semuanya memang sebab abah..

Dulu masa budak-budak, aku sangat meminati Power Rangers..dan pada masa itu aku mempunyai banyak koleksi buku mewarna Power Rangers...haha..dulu sebelum aku mula minat melukis, aku sangat suka mewarna..entah bagaimana aku teringin nak lukis watak Power Rangers BIRU...aku memang dah cuba sedaya upaya untuk melukis watak tersebut tetapi gagal berkali-kali..aku jadi menyampah dan menyuruh abah untuk lukis watak Power Rangers tu...aku sangat gembira bila abah lukis senang-senang je jadi..aku kagum gila dengan kebolehan melukis abah..oleh sebab sangat kagum..aku suruh abah lukis lagi..lagi dan lagi...hahaha...oleh sebab aku ni asyik suruh abah lukis je.....abah jadi malas nak lukis untuk aku lagi...abah suruh aku pula yang lukis sendiri...huhu....terkial-kial aku lukis sampai jadi...sebab minat si Power Rangers..aku terus melukis sampai jadi walaupun nampak hoodooh!

Dengan usaha melukis yang aku ada..aku cuba mempelbagaikan watak yang aku hendak lukis..koordinasi tangan dan mata aku pun sudah makin bagus dan aku belajar melukis benda-benda lain pula..apabila melangkah masuk ke bangku sekolah pula..abah mengajar aku melukis lukisan permandangan..apa yang aku ingat masa tu abah ajar aku lukis permandangan air terjun dan cara mewarna dan memasukan tona warna dengan betul..masa tu aku darjah 5...abah hanya ajar aku bagaimana untuk mewarna menggunakan krayon..teknik yang diajar untuk mengahasilkan tona amat berbeza sebab abah ajar teknik gosokan atau smudge...teknik ni agak pelik dan tak ramai orang buat pada usia aku yang masih kecil..jadi aku macam dipandang serong oleh cikgu..serong tu campur pelik..aku tak peduli dan aku terus buat apa yang abah ajar..sehingga cikgu memilih aku untuk mewakili sekolah dalam pertandingan melukis dan mewarna..aku masih ingat apa yang abah ajar..walaupun sekarang aku dan guna oil painting dan watercolour..aku bagi abah cuba oil painting dan abah sangat suka..

Aku harap suatu hari nanti aku nak buka studio untuk aku dan abah..nanti kami boleh berkarya bersama dan mempunyai galeri sendiri..InsyaAllah :)

post signature

 
Sebuah blog seni P A A N A R T C R E A T I V E 2009-2014
MENGHAYATI DAN MENIKMATI HASIL KARYA INI ADALAH HAK ANDA [KESEMUA KARYA-KARYA INI ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBIL ATAU MENYELEWENG MANA-MANA KARYA TANPA KEBENARAN PEMILIK BLOG INI :) : TERIMA KASIH