Sunday, January 31, 2010

ini adalah hasil akhir tugasan adobe photoshop aku...agak puas hati setelah disunting buat beberapa kali banyaknya...apa pendapat anda semua tentang karya ini??

Saturday, January 30, 2010

Kali ini aku menyiapkan tugasan menggunakan Adobe Photoshop...Aku menggunakan perisian adobe photoshop cs3 dalam proses pembikinan poster ini :) Tema poster ini adalah untuk mempromosikan maktab aku yang indah hehehe...

Friday, January 29, 2010

Assalamualaikum kawan-kawan semua...ada berita gembira yang aku ingin sampaikan kepada kalian...terutama kepada abah aku :) dengan ini dan pada hari ini tepat pada pukul ini dan ini...aku mengumumkan bahawa aku telah membeli domain sendiri. Alhamdulillah...syukur kepada Allah kerana diberi rezeki seperti ini....Dengan ini....terjadilah....
www.paanartcreative.com. Terlebih dahulu...aku ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada abang Nasrul yang sudi memperkenalkan aku dengan seorang saudara yang amat hebat dalam pertukaran domain dan hosting. Saudara tersebut bernama Aliff...beliau telah menolongku dalam membuat pertukaran domain ini...proses pertukaran ke .COM ini masih belum sempurna lagi dan akan mengambil masa 24-48 jam untuk siap sepenuhnya sementara menunggu sistem blogspot menguruskan proses pertukaran url.
KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG INI...TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA AKU UCAPKAN KERANA MENYOKONG AKU DALAM MENGHASILKAN KARYA. SOKONGAN ANDA SEMUA AMAT AKU HARGAI :)

Thursday, January 28, 2010

mari mencuba brush baru hehehe...layannn...


monokrom - warna sewarna
Ilustrasi digital ini dihasilkan dengan menggunakan perisian photoshop CS3.
kerja sudah makin banyak...kepala sudah makin botak...fikiran asyik melayang...perut kurang rasa lapar...mandi rasa sekejap...adakah tandanya...aku kurang latihan...

Monday, January 25, 2010

::jatuh sekali tak bermakna jatuh tersembam berkali-kali::
hehe saja-saja gatal tangan nak buat animasi flash malam ni...tak banyak sangat frame tapi aku dah puas hati hehe...nak cuba buat frame dengan lebih banyak agar nampak lebih lancar :)


Malam ini selepas meneguk 10ml ubat batuk woods yang kelat, kedengaran satu bunyi mesej dari telepon selularku...rupa-rupanya ada mms yang dihantar oleh abah. Abah menghantar mms kepada aku tentang karya abstraknya semasa beliau berada di tingkatan 4 dahulu pada tahun 1978. Karya ini masih tergantung di bilik bujang beliau kat rumah atok aku di Semanggol. Abah kata dia hantar gambar ni sebagai renungan untuk aku...emm apa sebenarnya makna karya ni ehh...huhu...apa yang aku dapat lihat ada wajah 2 wanita dan seorang lelaki...cuti nanti aku tanya abah apa makna sebenarnya. Hehehehe...Abah macam tahu saja aku tak ada idea nak kemaskini blog...Aku akan teruskan berkarya...terima kasih abah...


yeyy sudah siap kerja paint aku! :)

Sunday, January 24, 2010

minggu kedua aku demam lagi...nak melukis pun tak larat dah...huhu.

Saturday, January 23, 2010
Tuesday, January 19, 2010

Seni menerawang dalam kehidupan...datang dari segenap sumber alam...semuanya berkisar tentang keindahan...apa yang kita nampak...apa yang kita rasa...nyata atau tidak nyata...masih ada seni di situ...Allah cintakan keindahan...hargailah ia walaupun bukan untuk memilikinya dan cuba untuk memahaminya...
::gila ayat malam ni::

Sunday, January 17, 2010

::tak habis-habis lukis burung::

Saturday, January 16, 2010

::lama tak buat karya abstrak::

Thursday, January 14, 2010

::mesin bergerak yang tiada perasaan::

Wednesday, January 13, 2010

Kurang sihat pada hari ini...seram sejuk...nak berehat...


::ilustrasi tengah pagi semalam::


::perasaan yang tak dapat dilihat::

Sunday, January 10, 2010

Kebosanan yang ketara menyebabkan aku sering melukis...kadang-kadang aku teringin juga hendak bercuti di pulau yang indah huhu...di pulau itu juga mungkin aku akan melukis...hahaha...

Saturday, January 9, 2010

Aku yang masih rindukan rumah..haha..melukis pun rasa kurang mood...

Wednesday, January 6, 2010

::bosan = conteng::


Assalamualaikum kawan-kawan semua...jangan pelik jangan hairan..karya di atas bukan karya aku tetapi karya abg Nasrul...aku hanya jadi tukang warna saja hehe...baiklah...aku akan menerangkan sedikit demi sedikit tentang mengapa aku pos entri fasal karya ini...sebenarnya ada berita gembira nak beritahu...aku telah menyertai pasukan komik Islamik Hijjaz...macam tak percaya tapi harus percaya...pasukan komik ini masih dalam proses mencari pelukis dan pewarna serta belum lagi mendapat nama rasmi untuk kumpulan kami...masih menunggu kata putus oleh bos iaitu encik Faizal Hijjaz.
Buat masa ini, pasukan komik Hijjaz mempunyai 1o orang pelukis komik antaranya abang Nasrul...tapi tukang warna komik masih kurang dan aku seorang saja yang baru masuk huhu...Abang Nasrul cakap aku akan jadi tukang warna dan rekabentuk grafik...ini merupakan langkah baru aku ke dunia penerbitan...syukur alhamdulillah diberi peluang...huhu...masih jauh lagi aku harus berjalan dan terus memperbaiki kelemahan yang ada pada diri aku...doakan aku berjaya ya kawan-kawan :)
Kalau nak lihat karya abang Nasrul sila klik url di bawah :)

Tuesday, January 5, 2010



kelas sudah bermula...sudah tiba masanya untuk belajar...harap aku dah tak selalu menconteng dalam kelas...tapi menconteng memang sangat seronok.

Monday, January 4, 2010

Hari ini kelas sudah bermula..semalam kes kemas barang penuh lencun(peluh) hampir terkeluar isi dan lemat mengangkat kotak-kotak...kesengalan di sendi-sendi rapuh ini masih lagi terasa...sampai ke cuping telinga terasa sengalnya...aku baru saja menyiapkan digital painting ini (watak Sagat-Street Fighter). Entah apa benda yang aku lukis pada mula-mulanya ( sebenarnya aku membuat demonstrasi kepada Apis tentang fungsi brush adobe pada mulanya) tiba-tiba aku melayan dan terus melayan sampai siap karya ni...mata sudah makin kecut dan kecut macam telur penyu...aku sudah mengantuk...bai bai...
