Sunday, February 7, 2010

Sifu sakinah

Sunday, February 7, 2010


Assalamualaikum kawan-kawan semua...sejak kebelakangan ini aku amat sibuk menyiapkan tugasan-tugasan yang bergitu banyak sehingga aku tiada masa untuk menulis...Di kesempatan ini juga aku telah menyiapkan satu karya wajah sifu Sakinah...siapa sifu Sakinah ni?? beliaulah sifu yang mengajar aku teknik dan cara melukis potret...emm...ok,walaupun ada kerja yang hendak dibuat, aku mencuri sedikit masa untuk melatih kemahiran aku dalam penggunaan perisian adobe illustrator. Dalam karya ini, aku hanya menggunakan pen tool sebagai alat untuk aku menekap gambar ataupun dipanggil tracing. Aku masih belum mahir untuk membuat ilustrasi penuh untuk karya ini kerana aku masih menguasai perkara yang asas dalam teknik garisan. Seterusnya aku akan belajar bagaimana untuk mewarna menggunakan illustrator mengikut langkah-langkah yang betul. Oklah sampai di sini saja coretan aku untuk pagi ini...aku rasa pening dan mengantuk...kerja belum siap lagi...blog pun nak kemaskini...hahaha... tidak lupa juga aku nak ucapakan terima kasih kepada sesiapa saja yang melawat blog ini :) moga terus ceria tata!

post signature

2 comments:

itan said...

perfecto!! :)
pasni leh try wt efek..

paan said...

thanx dik..tgh belajar lagi ni hehe

 
Sebuah blog seni P A A N A R T C R E A T I V E 2009-2014
MENGHAYATI DAN MENIKMATI HASIL KARYA INI ADALAH HAK ANDA [KESEMUA KARYA-KARYA INI ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBIL ATAU MENYELEWENG MANA-MANA KARYA TANPA KEBENARAN PEMILIK BLOG INI :) : TERIMA KASIH