Friday, May 27, 2011

Amarah

Friday, May 27, 2011


Alhamdulillah sudah sampai akhirnya di rumah...tetapi mendapat berita yang tiak baik ketika pulang kerana mendapati abahku terlibat dalam kemalangan. Mujurlah kecederaan tidak begitu serius dan aku masih lagi berasa sangat marah ketika itu. Kes kejadian disebabkan kecuaian pemandu lain yang memandu secara membabi buta semasa memotong lalu merempuh kereta yang dinaiki oleh abah ketika menjalankan tugas. Abahku merupakan seorang pegawai bomba dan disini aku ingin kongsikan cerita sebagai seorang insan. Jika anda ditimpa kemalangan, anda harus sabar dan menolong insan itu. JANGANLAH MENCARUT, MEMAKI HAMUN KETIKA ORANG LAIN INGIN MEMBANTU KAMU WALAUPUN MEREKA TURUT CEDERA dalam kemalangan yang sama. ORANG YANG AKU MAKSUDKAN itu semestinya mengidamkan penyepak sulung dari aku sebagai anak sulung yang amat terasa marah dengan sikap sedemikan!

oleh itu aku hasilkan sebuah karya bertajuk AMARAH.

Ini adalah situasi di tempat kejadian dimana kereta pemandu tersebut memusing di tengah jalan selepas merempuh Pajero Bomba. Kereta Pajero bomba tidak dapat diupload atas sebab tertentu. Pemandu tersebut masih di dalam keadaan tersepit dan dua orang anaknya di tempat duduk belakang masih lagi tidak dapat berita selanjutnya. Pakcik Latif yang masih cedera menolong mangsa yang sedang tersepit sementara menunggu pasukan bomba yang lain sampai. Abah pula tidak dapat keluar kerana kereta tersebut merempuh bahagian depan sebelah kanan menyebabkan pintu sebelah kanan tersangkut.


sedikit close up

*Semoga Abah cepat sembuh*


post signature



2 comments:

mia Olive said...

cool down kay! =)

paan said...

ya...masih bersabar...

 
Sebuah blog seni P A A N A R T C R E A T I V E 2009-2014
MENGHAYATI DAN MENIKMATI HASIL KARYA INI ADALAH HAK ANDA [KESEMUA KARYA-KARYA INI ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBIL ATAU MENYELEWENG MANA-MANA KARYA TANPA KEBENARAN PEMILIK BLOG INI :) : TERIMA KASIH