Monday, October 18, 2010

TUTORIAL WATAK COMEL bahagian 1

Monday, October 18, 2010



TUTORIAL WATAK COMEL bahagian 1

Assalamualaikum kawan-kawan semua...hari ini aku akan mengajar anda semua tentang bagaimana hendak melukis watak kartun comel aras satu.

Mudah sahaja...konsep comel pada aku adalah kepala watak dibesarkan dan badan watak dikecilkan...tangan dan kaki boleh dilukis secara garisan halus seperti gambarajah di atas.

Aku menggunakan garisan tebal pada tangan dan kaki watak comel ini. Anda boleh melukis mata dengan hanya mengunakan titik sahaja, tidak terlalu besar dan jangan terlalu kecil. Untuk membuat rambut pula, aku hanya menggunakan garisan-garisan halus yang melengkung untuk menunjukkan kelembutan rambut pada watak comel ini. seterus nya melukis telinga yang sederhana saiznya.

Seterusnya untuk melukis tangan, masih mengunakan garisan tebal. Jangan lupa untuk lukis jari ya.

Untuk melukis kaki, anda boleh membuat garisan tebal yang berbentuk seakan huruf L. Mudah dan cepat.


Selamat mencuba!


post signature



0 comments:

 
Sebuah blog seni P A A N A R T C R E A T I V E 2009-2014
MENGHAYATI DAN MENIKMATI HASIL KARYA INI ADALAH HAK ANDA [KESEMUA KARYA-KARYA INI ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBIL ATAU MENYELEWENG MANA-MANA KARYA TANPA KEBENARAN PEMILIK BLOG INI :) : TERIMA KASIH